Batik
merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat
moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan
sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan
Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik
yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di
Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Terengganu.
Motif Batik
Motif
pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis
atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama
iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam
semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif
Organik.
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif
Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain
batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain
batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak
Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
Proses
Membuat
Alatan yang
biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok
penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang
kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap
dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah
itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang
lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus
dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan
akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering.
Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk
dipasarkan.
Penjenisan
Kain Batik
Batik
terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan
untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian
seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan
dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik
juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung
kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga
yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk
dibawa pulang ke negara masing-masing.
No comments:
Post a Comment